Ads 468x60px

Featured Posts

Tuesday, 7 August 2012

Persekitaran Pembelajaran

Dalam menuju Wawasan 2020, Malaysia kini semakin maju dalam pelbagai bidang termasuklah 
bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Ini menyebabkan teknologi maklumat atau lebih 
dikenali dengan singkatan IT (Information Technology) telah menjadi satu keperluan dalam 
kehidupan masyarakat kita pada masa kini. IT merupakan alat utama dalam era maklumat 
kerana IT menjadi teras dalam komunikasi antara manusia dan pembekal maklumat kepada masyarakat. Menurut Mohd Izham (2007), peranan IT menjadi begitu penting terutamanya 
dalam bidang pendidikan sebagai asas penyaluran ilmu. Sila klik di sini untuk melihat kajian yang berkaitan dengan Persekitaran Pembelajaran

Pengenalan Kepada Inovasi dan Perubahan Dalam Pendidikan


Inovasi memainkan peranan penting dalam perkembangan dan
pembangunan pendidikan sesebuah negara. Apakah yang
dimaksudkan inovasi? Menurut Roger dan Shoemaker (1971)
inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh
seseorang. Ini turut disokong oleh Spencer (1994) yang menjelaskan
bahasa inovasi adalah sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik
daripada yang lama oleh seseorang individu. 
Sementara Glosori
Teknologi Pendidikan (1995) merujuk inovasi sebagai idea, konsep
atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Teruskan Bacaan

Memperbaiki Ilmu

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." - Surah Al-'Ankabuut 29 : 69

Antara tujuan utama kita dalam menuntut ilmu adalah agar dapat memperbaiki diri.

Memperbaiki diri bermaksud berusaha bersungguh-sungguh untuk menambah ilmu pengetahuan serta membawa ibadah dan juga taraf kehidupan ke tempat yang lebih tinggi dari sebelumnya.

Dengan menuntut ilmu kita secara tidak langsung bukan sahaja mendapat petunjuk, malah dipimpin ke jalan yang lurus. InsyaAllah yang Maha Tinggi.

Contohnya, dengan menuntut ilmu kita dapat;

  1. Mendapat keyakinan yang lebih dalam ibadah.
  2. Solat terasa lebih khusyuk dari sebelumnya.
  3. Peningkatan kerjaya.

Tinta Seorang Pendidik


Kalau Guru…..
mengajar sambil duduk,
murid belajar sambil mengantuk.
mengajar sambil berlakun,
murid belajar dengan tekun.
Kalau Guru…..
mengajar tanpa alat,
murid akan belajar dengan ralat.
menjadi pemudah cara,
ramai murid pandai berbicara.
Kalau Guru…..
kurang merancang,
dalam bilik darjah banyak temberang.
suka berdamping,
banyak murid dapat dibimbing.
Kalau Guru…..
mengajar banyak bercakap,
ada murid bertambah gagap.
berbudi bahasa,
akan dikenang sepanjang masa.
Kalau Guru…..
pentingkan diri sendiri,
murid tidak akan menghargai.
penuh tanggungjawab,
disipilin murid mudah digilap.

Tuesday, 31 July 2012

Sepatah Dua Kata

bukan niat untuk bermegah dengan ilmu yang xseberapa....tapi perkongsian ilmu ini diharap dapat memberi manfaat kita bersama.......syukur dengan nikmat Allah.....kami dapat menghasilkan blog yang dapat membantu rakan guru pelatih dalam mata pelajaran EDU3109 Guru dan Cabaran Semasa.....
 

Pengunjung